Selasa, 23 Oktober 2012

Resepi Jus Kurma

Assalamualaikum....memberi salam itu adalah sunat..dan menjawab salam itu adalah wajib ye kawan2 semua...dan ingat!!memberi salam pun ade tempat yg boleh dan tidak digalakkan...ermmm...rasenye belum nk terangkan lg pasal Memberi salam ni..cume kali ni  just nk share Jus Kurma yg aku amalkan sejak akhir-akhir ini...ha!!satu lg..sekarang aku sedang cuba untuk menulis dengan baik..agar bahasa dan ejaan ibunda kita ini tidak dirojakkan...hope penulis-penulis diluar sana pun..samala ye..hehe..kita sama2 perbaiki dan belajar okey......
Sebenarnye aku dah lame nak buat jus kurma ni..memandangkan banyak sangat kurma yang tak habis puasa ramadhan lalu..jadi...rasanya lebih afdal dibuat minuman harian..aku minum setiap pagi sebelum pergi kerja...korang2 pun mesti tahu khasiat kurma ni terlalu banyak....tunggu untuk di amalkan je kan?

Buang Biji Kurma terlebih dahulu

Blend dengan 3 mug air masak...pandai2la adjust nak kurma byk mane....ikot citarasa masing2 ye

blendkan sampai hancur...tp jangan dibuang hampasnye..aku sayang nk tapis..so aku x tapis air kurma ni..1 blender ni..dpt la 1 jug...lepas tu isi je dalam peti sejuk

dah siap..boleh rasa dan cuba..mudah dan senang kan????1 jug bleh diminum 4 kali pagi..hehe..rase die sedap sgt...selamat mencuba tau

Sejak mengamalkan minum kurma ni..rase sedap je badan ni..mungkin dah dapat khasiat die tu..hehe....org ckp lau campurkan Kurma and susu kambing...insyaallah dapat anak..nanti nk tambahkan susu kambing plak..hehe..aminnn

KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.


KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.


Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :


"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.


Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala