Assalamualaikum....memberi salam itu adalah sunat..dan menjawab salam itu adalah wajib ye kawan2 semua...dan ingat!!memberi salam pun ade tempat yg boleh dan tidak digalakkan...ermmm...rasenye belum nk terangkan lg pasal Memberi salam ni..cume kali ni just nk share Jus Kurma yg aku amalkan sejak akhir-akhir ini...ha!!satu lg..sekarang aku sedang cuba untuk menulis dengan baik..agar bahasa dan ejaan ibunda kita ini tidak dirojakkan...hope penulis-penulis diluar sana pun..samala ye..hehe..kita sama2 perbaiki dan belajar okey......
Sebenarnye aku dah lame nak buat jus kurma ni..memandangkan banyak sangat kurma yang tak habis puasa ramadhan lalu..jadi...rasanya lebih afdal dibuat minuman harian..aku minum setiap pagi sebelum pergi kerja...korang2 pun mesti tahu khasiat kurma ni terlalu banyak....tunggu untuk di amalkan je kan?
Buang Biji Kurma terlebih dahulu |
Blend dengan 3 mug air masak...pandai2la adjust nak kurma byk mane....ikot citarasa masing2 ye |
blendkan sampai hancur...tp jangan dibuang hampasnye..aku sayang nk tapis..so aku x tapis air kurma ni..1 blender ni..dpt la 1 jug...lepas tu isi je dalam peti sejuk |
dah siap..boleh rasa dan cuba..mudah dan senang kan????1 jug bleh diminum 4 kali pagi..hehe..rase die sedap sgt...selamat mencuba tau |
KURMA |
Kurma adalah sejenis
tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex
dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai
jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan
mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma
adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah
menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama
serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi
makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
KELEBIHAN
KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang
mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya
meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir
pada hari itu".
Rasulullah juga pernah bersabda
mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri
kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa
hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar
dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS
adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga
Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka
puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji
buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat
Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita
berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat
dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu
makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas
harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
|